Followers

Wednesday, November 4, 2009

contest-MY FUNNIEST BABY CONTEST



Tajuk : MY FUNNIEST BABY CONTEST
salam.aku join contest lagi.kali ini anjuran umidanish.kalian meh la join. klik sini.sila semak syarat-syarat di bawah nih.

aku jumpa gambo nih.aku rasa memang kelakor.huhuhu. korang rasa kelako tak.

nama : safi umairah
tarikh lahir : 23.08.09


BerMula : 20 Oktober hingga 13 November 2009 (12.00 tengahari) Berumur : 1 bulan hingga 3 tahun Kategori A : baby gurl Kategori B : baby boy Hadiah : -1 Cloth Diaper Lunatots bagi setiap kategori Sponser dari Babyumishop - 1 helai baju baby bagi setiap kategori Sponser dari IT @ RLiiT'S BoutiQe & beuty Centre Hadiah PiliHan unTuk Peserta Bertuah - 1 Diaper Stacker Sponsor dari Moms&babyshop Syarat Penyertaan:

- Jadi Follower Umidanish dan sponsor2 serta add Umidanish dalam bloglist anda - Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - Membuat entri mengenai contest ini diblog anda - Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda dengan aksi Funny yang paling menarik hati para juri. Sila nyatakan nama si comel dan umurnya. Sila juga nyatakan apa yang terdapat di semua blog sponsor umidanish. - Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke Umidanish dan semua sponsor (no link back will be disqualified)

Sponser 1 : Babyumishop (http://www.babyumishop.blogspot.com/)

Sponser 2 : IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre (http://www.hidupharmoni.blogspot.com/)

Sponser 3 : Moms&babyshop (http://www.momsandbabyshop.blogspot.com/)

Monday, November 2, 2009

contest-baby in romper contest


t&c

1. buat 1 n3 dengan tajuk 'baby in romper contest'
[hanya tajuk ini yang diterima]
2. upload gambar baby anda yang beromper ittew
[overall tak masuk senarai tau!]
3. baby harus la berusia 24 bulan ke bawah
[sila nyatakan tarikh lahir. yang oberdos umur tu.. mintak mahap yo...]
4. bermula dari harini hingga 24 nov
[sempena birthday adeeb lewww]
5. nak jadi follower boleh.. tak nak pun takper
[tiada unsur paksaan]
6. pastikan ada link me & kodai me sekali
[hak ni ada unsur-unsur paksarela hoccay~!!! ]
7. juga di bloglist anda
[wajip]
8. tiada item 6 & 7 dikira disqualified
[nasib kome la yer...]
9. no votes, no slogan
[korang senang, saya pun tak poning kehkehkeh!!!]
10. dah siap, tinggalkan jejak di ruangan komen n3 ini sahaja
[senang saya nak jengah nanti]
11. last but not list, tepek banner di sidebar bersama-sama link yer..
[jangan luperrrr...]


kalian meh la kita join contest nih dianjurkan oleh kak ngah. kalu nak join klik sini yer. musti kena ikut syarat kat atas tu yerk..kalu tak penyertaan kalian reject.hohoho.ni lah pic paling cekci myra with rompers n legging.hahhah aci tak kalu aku buh pic nih.



nama : safi umairah
tarikh lahir : 23.08.2008


Thursday, October 29, 2009

contest-anakku ceria give-away contest



[DSC01816.JPG]
1. Be a follower of http://mystory-noriza.blogspot.com/ OK DAH
2. Be a follower of http://jommainkutu.blogspot.com/OK DAH
3. Put entry contest in your blog (sticky mode entry ya!) dengan gelagat anak anda yang paling ceria.OK DAH
4. Copy the contest banner into the blog entry with the contest link in your entry http://mystory-noriza.blogspot.com/OK DAH
5. Place the Contest banner in your sidebar with link back to the contest entry (no link back will be disqualified)OK DAH
8. Leave a comment on this post (Anakku Ceria Give away Contest) for me to pick up the winner. OK DAH
Syarat-syaratnya;
1.Terbuka kepada ibubapa yang mempunyai anak/anak sedara/ di bawah usia 24 bulan.
2. Satu contestant 1 entry sahaja
3. Contest bermula dari 22 October 2009 sehingga 22 November Nov 2009
4. Proses pemilihan pemenang akan dilakukan oleh juri-juri yang dilantik oleh penganjur.
4.Gambar pemenang akan dipamerkan di blog penganjur
5.Proses pemilihan pemenang oleh juri adalah muktamad

Tentang Hadiah pulak!Jeng jeng ini hadiahnya
* 1 Vantage Cookware 3.0L

1.Hanya 1 pemenang akan dipilih dan akan memenangi dan ditaja olehhttp://jommainkutu.blogspot.com/









jadi disebabkan faktor usia penyertaan hanya di bawah 24 bulan.ku pertaruhkan gambar myra yang ini. tengoklah betapa cerianya dia bila dpt skru hasil merayap kat tool abah dia

nama peserta : safi umairah
tarikh lahir : 23.08.2009
umur : 1 tahun 2 bulan






[Preview ] He Who can't marry - esp 1

best citer nih

kalu korang nak tgk tajuknya He Who Can't Marry klik kat sini ye

Thursday, October 22, 2009

speedtest

huhuhu.ku sukasuki jer

52 perkataan

Speed test

Monday, October 19, 2009

myra-HTAR

salam.sabtu 10.10.09 myra demam. masuk malam masih x turun lagi suhunya.tp memandangkan malam tu aku ada jemputan di morib, jadi aku pergi juga. balik dari morib memang badan myra panas sangat. dah lewat malam aku x bagi dia ubat dah terus tido. aku terjaga bila myra nak menyusu.terasa lidah myra panas sgt bila dia menyusu.terus aku capai kain basah yang ada kat tepi katil untuk lap myra.tiba-tiba myra terkejut. badan dia menggigil dan tersentak-sentak. matanya memandangn ke sebelah kanan sahaja dan air liurnya meleleh. aku dukung myra dah bawa keluar.masa tu pukul 1.45 am. aku tepuk2 belakang myra.memang aku menangis tp air mata aku tak keluar.kami bersiap ke hospital.lebih kurang 5 minit myra menangis, badannya kembali seperti biasa. bila sampai ke hospital myra makin lemah.dia diberi bantuan oksigen. suhu badan 40.12.doktor masukkan ubat demam melalui punggungnya.


pukul 2.30am aku dengar myra menangis dan aku dukungnya.kami ke bilik x-ray untuk lihat jika berlaku komplikasi.alhamdulillah tiada apa2. kemudian myra ditahan di wad untuk pemeriksaan selanjutnya. jam 4am suhu myra masih belum turun juga, myra diberi syrup paracemetol. jam 8 am suhu badan myra turun ke 37.alhamdulillah. kata doktor myra kena sawan demam.

11.10.09
aku ingat tghari tu dah bulih discharge..tapi lewat petang demam myra dtg kembali.bermula lagi episod aku tak bulih tido.badan myra sentiasa ku basahkan.ku sangat takut kalau sawan demam tu terjadi lagi. myra asyik merengek jer. doktor ambil darah untuk lihat jika ada jangkitan. pagi aku dpt tahu darah myra ada jangkitan kuman. suhu badan masih belum turun.

12.10.09
hari ini demam myra sudah tiada.suhu 37.aku tak berhajat untuk balik.sebolehnya aku mahu myra betul2 pulih. keputusan darah myra menunjukkan masih ada kuman.

14.10
myra dipindahkan ke wad pengasingan-bebas dari demam.tp pagi tadi sampel darah dan air kencing telah diambil.semoga myra bebas dari jangkitan.

15.10
keputusan darah menunjukkan sudah ada pengurangan. dan myra dah boleh balik rumah.huhuhuhu aku mcm tak caya.tiga kali aku tnya doktor betul ker.

Wednesday, October 7, 2009

contest-mangsa buli contest

salam.hari nih aku bizi masuk contest. kes x de keje nak wat. contest nih anjuran mommy qastalani. ku cuba2 carik picture kena buli.hohoho. akhirnya ku dapat nih
nama mangsa : safi umairah
lahir : 23.08.2008
masa nih besday sepupu dia. makcik2 dia sibuk nak pakaikan bende tuh kat dia. sian dia.sampai tak nampak idung.meronta2 suh bukak. tengok la betapa marahnye myra.hahah tiap kali tgk pic nih aku musti gelak.
so aku harap myra berjaya.





contest-baby in gown

salam. aku suka-suka jer join contest nih. dulu ku pernah join contest ngan amyatie vogue dan myra menang. contest nih dianjurkan oleh mamaalieya. gown nih mak long myra yg kasi.huhuhu. masa pakai nih umor myra lai 3 hari nak 10 bulan.masa nih myra dah laju gak jalan.tp rambut lak pendek.dan myra memang susah nak senyum kalu diambil gambar.ok.



nama saya : safi umairah syahirme
lahir : 23.08.2008

selamat berjaya untuk myra !!!


Tuesday, September 15, 2009

ramadhan dan raya

salam. ramadhan datang lagi.kali ini aku dapat menyambutnya. tahun lepas dalam pantang. walaupun myra masih menyusu badan, ramadhan masih boleh dinikmati. tiada halangan besar bagiku. alhamdulillah. rutin ramadhan ku bermula

4.45am-bangun sahur.basuh muka-minum 500ml air masak-panaskan nasi dan lauk, masak sayur (wajib)
5.13am-minum lagi 500ml air masak-buat air panas untuk aku, suami dan syafiq-kejutkan suami dan syafiq.
5.30am-selepas gosok gigi makan 7 biji kurma dan 500ml air masak.

5.45am-basuh kain-pampers-masak bubur nasi myra-gosok baju sekolah dan baju kerja

lepas sahur aku memang tak boleh tidur sebab dah terlebih minum air.

7.00am-4.00am-ditempat kerja

5.30am-sampai umah-kalau naik bas sempatlah fikir2 kuih ape nak buat petang nih.

lepas berbuka kena masak pula untuk sahur.

antara menu berbuka yang pernah aku buat

nih kuih pau goreng inti sardin

kuih limas / tepung pelita moden

kole kacang
seri ayu
murtabak daging / ayam
seronok masak untuk anak2 dan suami.

cerita pasal raya. tahun nih aku pakai baju tahun lepas dan baju kurung kerja. yang aku sediakan adalah untuk anak2 sahaja. rasanya dari baju seluar dan kasut semua aku dan suami dah belikan. dan tahun nih suami cuti sampai rabu sahaja.jadi kami dan plan lepas solat raya ke perak 1 malam dan selepas itu baru ke beranang. semoga perjalanan raya ini lancar dan selamat hendaknya.

Thursday, August 6, 2009

kek dan burung

salam.selasa (4/8) aku cuti..malas betul nak kerja.apa aktiviti aku di rumah..aku buat kek untuk mak long..dari syafiq, zikri n myra.huhuhu. pehtu lepak kat umah nenek tgk burung..


memula buat kek


















peh tu pi tgk burung



















mane burungnyer ummi


















nih la burungnyer

















zikri


















myra yg geram kat burung tuh..hehehhe

















dan lewat petang burung tuh didapati mati akibat dari tenungan myra.hahhahah.sian

Friday, July 31, 2009

satu hari di opis ku

salam. atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa bawa myra dan zikri ke opis. tgk lah ape jadi opis aku nih, bila diorang jadi pekerja tambahan
















































aku kena bawa zikri dan myra pada 23.7(khamis)-24.7(jumaat) dan 27.7(isnin).huhuhu.

Tuesday, July 14, 2009

syafiq tak sihat

salam.risau sekarang nih abg syafiq tak sihat. jumaat 3/7 dia tak sekolah petang baring jer kat umah nenek.peh tu tak mo mkn..minum susu dutch lady jer.ngan vico.sabtu pun dia tak makan nasi langsung. ahad ku belikan beg baru tuk dia kasi dia semangat nak sekolah.alhamdulillah dia sekolah hari isnin.tp dia tak makan nasi langsung.huh minum pun sikit2 jer.mulut dia sakit.lidah dia ada biji2 sagu tuh.ku dah sapu bonjela..tp 2 kali sapu peh tu dia tamau.syafiq, ummi harap cepat sembuh yer sayang.pagi tadi masa pakaikan baju baju sekolah dia..trasa dia kurus skit..huhuhu..sedey...

Wednesday, July 8, 2009

santai di hujung minggu

atas permintaan anak2 dan umminyer kami ke tasik shah alam bersantai.anak2 aku sonok betul.aku pi ngan kyong, amin n anisah.
myra suka dpt kasut baru...kutip daun..eee syoknyer



















suka tgk dorang ceria jer..
ummi : myra tgk sini la..
myra : eee bnyknye gagak.

rutin hidupku

salam.

jadi ummi yang bekerja mmng penat. ditambah pula rasa M.rutin aku bermula begini.

5.30am -alarm hp berbunyi.aku perlu bangun
-masak nasi utk aku dan somi
-masak nasi tuk myra
6.30am -aku mandi solat pakai baju keje
-kejutkan abg syafiq pi sekolah
7.00am -siap angkut gajet hbang,beg bekal etc,beg myra
dlm kete aku lelap2 skit-sambil jeling somi
7.45am -sampai opis-aku yoga
8.45am -keje chat keje chat keje chat keje chat
6.00pm -somi amik
dlm kete aku lelap2 lai
7.00pm -amik anak2 (zikri n myra) kat umah SIL
* abg syafiq leh balik sndri
malam tgk keadaan kalu rajin aku masak, kalu tak aku mkn roti jer.anak2 pun sama.
janji ada susu Dutch Lady kat umah dah cukup.(zikri kata ada body) susu lain ta mau

itu lah aktiviti aku.belum campur lai kena basuh kain, lipat kain (somi punya keje)
gosok baju sekolah,gosok baju aku.kadang sempat kadang tidak nak tgk tv.
dan rutin tu berpusing tiap hari.

aku tak suka kuar rumah sgt.sebab kat rumah bnyk keje yg tak habis2.ada je nak kena buat.
aku sayang keluarga aku.


Thursday, April 9, 2009


nihlah produk terkini ku..safi umairah.lahir 23.08.2008 jam 2.35am

Thursday, March 26, 2009

syahir zikri





syahir zikri-lahir 15.04.2005, 5.57pm







.









hadiah 1 tahun














besday masa 2 tahun














3 tahun


















4 tahun..

syafiq muqri



ni anak sulung-lahir 31.08.2002, jam 12.16am. nih pic masa 2 bulan (sori blur sket, snap balik)
















nih pulak masa dia dah 1 tahun..nih masa on de way pi Langkawi 30.12.2003..so esoknye baru dia 1 thn


















2 tahun..



















3 tahun















4 tahun




















first day school 5 years




















6 tahun

Wednesday, March 25, 2009

aku masih mencari

Wednesday, February 25, 2009

salam