salam. ramadhan datang lagi.kali ini aku dapat menyambutnya. tahun lepas dalam pantang. walaupun myra masih menyusu badan, ramadhan masih boleh dinikmati. tiada halangan besar bagiku. alhamdulillah. rutin ramadhan ku bermula
4.45am-bangun sahur.basuh muka-minum 500ml air masak-panaskan nasi dan lauk, masak sayur (wajib)
5.13am-minum lagi 500ml air masak-buat air panas untuk aku, suami dan syafiq-kejutkan suami dan syafiq.
5.30am-selepas gosok gigi makan 7 biji kurma dan 500ml air masak.
5.45am-basuh kain-pampers-masak bubur nasi myra-gosok baju sekolah dan baju kerja
lepas sahur aku memang tak boleh tidur sebab dah terlebih minum air.
7.00am-4.00am-ditempat kerja
5.30am-sampai umah-kalau naik bas sempatlah fikir2 kuih ape nak buat petang nih.
lepas berbuka kena masak pula untuk sahur.
antara menu berbuka yang pernah aku buat
seri ayu
murtabak daging / ayam
cerita pasal raya. tahun nih aku pakai baju tahun lepas dan baju kurung kerja. yang aku sediakan adalah untuk anak2 sahaja. rasanya dari baju seluar dan kasut semua aku dan suami dah belikan. dan tahun nih suami cuti sampai rabu sahaja.jadi kami dan plan lepas solat raya ke perak 1 malam dan selepas itu baru ke beranang. semoga perjalanan raya ini lancar dan selamat hendaknya.