Followers

Monday, October 19, 2009

myra-HTAR

salam.sabtu 10.10.09 myra demam. masuk malam masih x turun lagi suhunya.tp memandangkan malam tu aku ada jemputan di morib, jadi aku pergi juga. balik dari morib memang badan myra panas sangat. dah lewat malam aku x bagi dia ubat dah terus tido. aku terjaga bila myra nak menyusu.terasa lidah myra panas sgt bila dia menyusu.terus aku capai kain basah yang ada kat tepi katil untuk lap myra.tiba-tiba myra terkejut. badan dia menggigil dan tersentak-sentak. matanya memandangn ke sebelah kanan sahaja dan air liurnya meleleh. aku dukung myra dah bawa keluar.masa tu pukul 1.45 am. aku tepuk2 belakang myra.memang aku menangis tp air mata aku tak keluar.kami bersiap ke hospital.lebih kurang 5 minit myra menangis, badannya kembali seperti biasa. bila sampai ke hospital myra makin lemah.dia diberi bantuan oksigen. suhu badan 40.12.doktor masukkan ubat demam melalui punggungnya.


pukul 2.30am aku dengar myra menangis dan aku dukungnya.kami ke bilik x-ray untuk lihat jika berlaku komplikasi.alhamdulillah tiada apa2. kemudian myra ditahan di wad untuk pemeriksaan selanjutnya. jam 4am suhu myra masih belum turun juga, myra diberi syrup paracemetol. jam 8 am suhu badan myra turun ke 37.alhamdulillah. kata doktor myra kena sawan demam.

11.10.09
aku ingat tghari tu dah bulih discharge..tapi lewat petang demam myra dtg kembali.bermula lagi episod aku tak bulih tido.badan myra sentiasa ku basahkan.ku sangat takut kalau sawan demam tu terjadi lagi. myra asyik merengek jer. doktor ambil darah untuk lihat jika ada jangkitan. pagi aku dpt tahu darah myra ada jangkitan kuman. suhu badan masih belum turun.

12.10.09
hari ini demam myra sudah tiada.suhu 37.aku tak berhajat untuk balik.sebolehnya aku mahu myra betul2 pulih. keputusan darah myra menunjukkan masih ada kuman.

14.10
myra dipindahkan ke wad pengasingan-bebas dari demam.tp pagi tadi sampel darah dan air kencing telah diambil.semoga myra bebas dari jangkitan.

15.10
keputusan darah menunjukkan sudah ada pengurangan. dan myra dah boleh balik rumah.huhuhuhu aku mcm tak caya.tiga kali aku tnya doktor betul ker.

0 comments: