Followers

Monday, June 21, 2010

aku

Semalam dah test keta..besss

Friday, February 12, 2010

Cuti

Salam. Cuti lama sempena CNY mana anda pergi. Aku macam biasa duduk rumah jer. Itu yang paling aku suka. Perlukah setiap kali cuti kita balik ke kampung. Entah. Aku tak suka jawap soklan macam tu.

Thursday, February 11, 2010

Zikri Jatuh Basikal

Salam. Tiga minggu berturut-turut Zikri jatuh basikal. Minggu pertama ibu jari kanan luka. Bila dah baik dia jatuh lagi kali ini agak parah di siku sepanjang 3 inci. Ngeri juga bila nak cuci luka dia tu. Semalam Zikri jatuh lagi kali ini langgar pasu rumah jiran. Bila dengar dia nangis je aku dah agak…nih musti jatuh lagi. Bibir dia pecah. Darah meleleh-leleh. Nak pitam aku tengok darah. Di sebabkan ngeri aku tak mo amik gambo.

Wednesday, February 10, 2010

MENUNGGU

Salam. Aku memang tidak sabar menunggu, letih menunggu. Tunggu punya tunggu masa itu belum tiba juga. Sampai bila. Aku harap dalam doa masa itu akan tiba.

Thursday, January 7, 2010

Sarapan dan Bekal

Salam.setiap pagi aku bangun seawal jam 5.45am. aku memasak untuk bekal ku dan suami serta sarapan untuk anak-anak. Pagi tadi menu sarapan ialah mee goreng + ayam cincang + karot. Kami bersarapan jam 6.45am. aku siap bekalkan syafiq dan zikri mee goreng tersebut. Tapi malangnya zikri kata laa nape masak mee, Iki nak nasi goreng. Huhuhu harusla esok aku masak nasi goreng untuk dia pulak.

Wednesday, January 6, 2010

Bila anak sudah bersekolah

Salam.hari ini anak sulungku kembali ke sekolah.dan langkah yang baru untuk zikri.dia telahpun selamat memulakan persekolahannya di Pasti Darul Ulum.Menangis ? owh itu perkara biasa bagi kanak2 yang hendak berpisah dengan ibu bapanya.tak de la yg pelik kan.tapi kalau sampai ada kanak2 yang mencederakan diri itu ku rasakan pelik dan perlu ada penyelesaiannya yang baik.yer kedua-dua anakku menangis di hari pertama persekolahan mereka.tp tahap yg boleh dikawal.pagi tadi rasa pelik menghantar anak di rumah pengasuh.sebab selalu hantar 2, hari nih hantar sorang jer.